Sunday, November 22

~Anakku Ceria Give-away Contest~

INI ADALAH ENTRY MELEKAT...
scroll ke bawah untuk entry terkini..
macehhh..

Salam sejahtera semua..
Dalam kesibukan ni..
sempat lagi rasanya mama nak join contest yang dianjurkan oleh
contest ni simple...
tapi
hadiah yang ditawarkan sangat2 menarik..
dan
di taja Oleh

Sape2 nak join & nak tau ape syarat2 & hadiah yang ditawarkan....
Tujuan Ibu Irfan ni wat contest adalah unutk mencari lebih ramai kenalan di dunia blogger ni..
so mari kiter beramai2 sokong Ibu Irfan ...

oleh itu terima lah...
gambar yang akan dipertaruhkan..
.
.
.



muhammad akief fahmie..
12 bln..

"ceriakan si akief ni bila dapat main air kolam...hehe"

Monday, November 9

~MAP ke PUREEN Sale~

Klik pada gambar untuk pandangan yg lebih jelas..
hehe



~MALAM PERTAMA - NIKMAT atau SIKSA??~

Sebelum kita menamatkan riwayat hidup dan menutupi mata sementara menunggu balasan samada nikmat dan siksa :
Renungkan indahnya malam pertama, tetapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata dan bukan malam pertama masuk keperaduan Adam Dan Hawa.
Bahkan malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut, sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara. Hari itu, mempelai sangat dimanjakan, Mandi pun…harus dimandikan.
Seluruh badan kita terbuka….tiada sehelai benang pun menutupinya..Tiada sedikitpun rasa malu..Seluruh badan digosok dan dibersihkan.
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan, Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih…Itulah sosok Kita….Itulah jasad kita waktu itu, Setelah dimandikan , Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih, Kain itu…jarang orang memakainya..Kerana sangat terkenal bernama Kafan, Wangian ditaburkan ke baju Kita, Bahagian kepala,badan dan kaki diikatkan.
Tataplah…. tataplah.. ..itulah wajah Kita, Keranda pelaminan langsung disiapkan,Pengantin bersanding sendirian…Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga..Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usul.
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga, Serta rasa haru para handai taulan..Gemelai syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir, Akad nikahnya bacaan talkin….
Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba duluan.
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan, Dan akhirnya…tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian, bagi mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan.
Adakah malam pertama itu indah atau meresahkan yang ditemani dengan rayap-rayap dan cacing tanah.
Di kamar bertilamkan tanah..Dan ketika 7 langkah telah pergi….Sang Malaikat lalu bertanya….Kita tidak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur…Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur…..Kita tak tahu…Dan tidak seorang pun yang tahu…. hanya rahsia diri kitalah yang akan tahu…
Itulah malam terakhir di dunia malam terakhir didunia yang sementara..malam pertama di dunia yang selama-lamanya..seram sejuk rasanya bila memikirkan apa itu Sakaratul Maut…setiap yang hidup, pasti akan mati…Takut rasanya hendak menghadapinya…Bagaimanakah pengalaman Sakaratul Maut kita? Yang pasti, suatu pengalaman kita sendiri, yang tidak akan dapat kita kongsikan dengan yang hidup…

Kita akan menghadapi temuduga tertutup hanya kita saja yang tahu, empat ganjaran lumayan ditawarkan samada kita mendapat nikmat kubur, skim perlindungan di Padang Mahsyar, keselamatan Meniti Titian Sirat dan Syurga yang kekal abadi atau kesemuanya sekali ?
Lokasi temuduga : Di dalam kubur (alam barzakh)
Kelayakan : Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, tidak perlu bawa apa-apa kelulusan, pingat, wang dan harta yang banyak. Anda tidak perlu berupa paras yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi ( Sila bawa dokumen asli Iman dan Amal).
Panel / Penemuduga : Mungkar dan Nakir ( Bertauliah)
-Enam soalan utama yang mudah akan di soal :
1-Siapa tuhan anda?
2-Apa agama anda?
3-Siapa Nabi anda ?
4-Apa kitab anda?
5-Di mana kiblat anda?
6- Siapa saudara anda?

Cara memohon : Anda perlu cuma menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja ( mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan begis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail. Semoga Berjayaa dan Selamat Menjawab kerana segala soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan sekian lama.

Namun, kematian mesti dilalui kerana jasad akan musnah tapi roh masih kekal, hidup di alam nyata ini adalah ilusi alam ruh yang tertanam kerana kita benar-benar mempercayainya (seperti dalam mimpi..kita akan merasa sakit, merosot dan sudah pasti akan ‘mati illusi alam tersebut’. Adakah kita bersedia untuk meninggalkan alam kehidupan yang masih di sayangi tetapi penuh kesusahan atau penderitaan ? Apakah pula jawapan anda ? kerana selepas ini tiada lagi Melayu, tiada Malaysia, tiada Eropah, tiada harta, tiada pulau-pulau indah, tiada makanan sedap-sedap dan sebagainya dalam alam nyata ini.

Semoga kita sentiasa mengingati kematian supaya keimanan dan amal ibadah terus diperkukuhkan agar kita memperolehi kematian yang di akhiri dengan baik dan mendapat kenikmatan di alam kubur, sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan.

*kredit to: alkiram.net

~Warehouse Sale PUREEN datang LAGI!!!~




Jom kita pakat pi serbu sales pureen...

BILA???

Cuti skolah nanti yer IBU-IBU..


iaitu pada

21 to 22 November 2009



Products Offered
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads


Brands Featured
Pureen Pride ‘N’ Joy
Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist


Time: 10am to 6pm


TERMS
We accept VISA & MasterCard for purchases above RM150


Location (Tel 603 7628 8888)
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia


Monday, November 2

~KURUS~

Entry tanpa gambar...

Morning semua.......
Dah lama tak post n3..
bukan sebok ape pun..
sebok main game..
haha....

ok la..
ni mama nak ceta pasal nekad mama kali ni untuk kurus..
hehe..bole caye ker?

badan mama sekarang ni dah teruk sangat2...
berat pun makin naik..
(mana taknya..makan pun makin bertambah..)
perut muncit dah macam orang ngandung 5 bulan..
serious k...kalau macam  2 bln ok lagi....

so mama pun ajak abah gi beli ubat kurus kat KL..
kenapa kat KL?
area puchong ni tadak ker?
sebab nye..kat kedai kat KL tu..
yang mama selalu gi beli..mama boleh dapat murah..
boleh dapat harga ahli..
dah save 40 hengget tau...

so....sesi terjahan pun bermula ler hari sabtu hari tu...
bila masuk je kedai...
fuhh...berpinau lak mata tgk bagai2 ubat kurus...
hehe...ubat lain pun ye jugak..

mama pun amik la ubat yg slalu mama beli nih..
apa lagi..ubat nona roguy la...
tp...untuk pengetahuan korunk..
ubat ni sekadar cuci2..
baik untuk perut dan rahim...
ehh banyak ler lagi..
tapi yang mama nak maksudkan kan sini..
ubat ni berbentuk kapsul..
dan tak mengenyangkan..
so mama beli lagi satu ubat..
jenis fiber..
so bila makan ubat jenis fiber ni...
perut pun akan jadi kenyang..
tak de la mama nak melantak jer kan...

mula tu nak beli natasya pro diet..
tapi..encik tuan kedai tu cakap..
tak berapa sedap rasa ubat tu..
so dia suggestkan phyto fiber kat mama..
katanya rasa ubat ni ok sket..
mama pun rembat 2 kotak..
bajet untuk sebulan ler tuh..
(bukan senang nak ajak abah pegi lagi..tp kang bini dia kurus..dia jugak nak sengeh sampai telinga..ahakss...)

so semalam dah start makan..
nona roguy tu pun mama telan..
fiber ni pun mama langgah..
dan kesan nya.......
sangat2 memuaskan...
perut mama rasa kenyang...
(cuma nafsu makan tu jer yang dok meronta2)
tak makan nasik pun semalam...
dah tak de ketar2..
pastu..
yang best nyer...
proses pembuangan yang amat memuaskan hati...
(wahh pomot ke ni..)

alang2 dah lesap 200 lebih..
so mama kena gak bagi turun berat badan dan kempis kan perut nih...
hishhh....
abah dah siap amik ukuran badan mama n berat....
nak tengok perubahan ler tu...

tak pe bah....kita tunggu dan lihat.....
hari ni berat mama dah turun 1 kg..
jangan jeles k......

p/s: badan n perut naik takmo turun2 sebab lebih kurang 5 bulan mama tak makan apa2 ubat....bahayakan....ni nak mula makan ubat balik....

Friday, October 23

~MESTI BACA~ Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52.
Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter. Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.
Beberapa hari selepas tragedi gempa tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran. Berikut adalah contoh tulisan yang tersebar: 
Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).
Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).
Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.
Persoalannya, bolehkah mengaitkan secara langsung tiga ayat Al-Quran di atas dengan tiga gegaran gempa bumi baru-baru ini berdasarkan persamaan antara waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran?
Saya cuba membawakan beberapa fakta yang mempertikaikan kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.
1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.
Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.
2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.
Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.
3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.
Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?
4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.
Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.
Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.
5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.
Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.
Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.
Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.
Sekian.

p/s: kebetulan semalam....kawan mama ada tunjukkan sms yang dia terima berkaitan isu ini.....terus terlintas di hati dan menerimanya....so tergerak nak cari kebenarannya..alhamdulillah..ini yang mama jumpa..sekurang2nya...minda mama dah berubah....Terpulanglah pada kawan2 untuk menerimanya atau tidah....Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Pemurah..Sucikan lah dosa aku dan keluarga ku..serta sahabat2 ku..AMIN....

Dipetik dari : SINI

~Basi~

Walaupun cerita dan gambar dah 'basi'
mama tetap nak hapdet gak...

hehe...



gambar ni di 'snap'
semasa mama menyambut anniversary yang ke-4..
dan juga besday mama yang ke .... (hehe..rahsia..)

simple jer..
sebab kakak dan akief suker sangat makan spegetti..
dan mama suke sangat makan pizza..
so abah bawak kitorang makan pizza kat IOI mall Puchong...
kek tu..kakak yang pilihkan...
xcelli dia nak yang besar..
tapi...kitorang amik yang kecik..sebab takut tak habis..
(memang dah tau tak kan habis punyer....)

p/s: gambar main menu..pizza..tak sempat nak snap..sampai jer terus lupa daratan..terus ngap...hehe...thanks abah....

Thursday, October 22

~ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL~

Sempena besday abah hari ni..
rasa2 mama nak terjah blog2 yang ader contest..
nak join contest sebanyak mungkin..
mana tau ada luck..
selalu orang kata tuah anak..
so apa kata kita cuba tengok tuah bapak plak..
hehe...

so..contest yg mama nak join ni ialah
~ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL~

Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.
Cara2 penyertaan?
  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
so gambar yang dipertaruhkan......
1. Muhammad Akief Fahmie (12bulan)








2. Dalia Farisya (3tahun 5 bulan)


fuh..kiri...fuh..kanan..
Ya ALLAH...
Bagi la menang..
AMIN...hheehe..

p/s: tak main bomoh yerk..